Soalan Lazim (FAQ)
Benarkah penyakit CKD tidak boleh "reverse"?
Ya benar, penyakit ini tidak boleh “reverse” bagi “ordinary” pesakit sebagaimana “ordinary” melayu tidak boleh menang pingat emas “Keirin dunia”.
Pernahkah ada pesakit CKD "reverse"?
Ya, pesakit CKD yang seumpama “Azizul Hasni Awang” pernah & boleh “reverse”. Mereka berlatih, istiqamah sabar dan miliki semangat juang seumpama “Azizul”.
Apakah gaya makan yang terbaik untuk pesakit CKD?
Gaya makan yang boleh menghindar asidosis metabolik, rintangan insulin, ketidak seimbangan hormon, gangguan DNA, gangguan autoimun, ketidak cukupan mineral, vitamin dan lemak sesuai garis panduan KDIGO 2024/25 serta tidak bersalahan dengan prinsip pemakanan ala Sunnah.Â
Benarkah pesakit CKD perlu kurangkan makan sayur dan buah kerana "potassium" tinggi ?
Tidak benar!. Ini adalah ajaran sesat zaman “tok kadok” yang tidak lagi selari dengan sains pemakanan moden.
Kenapa doktor larang saya lebihkan sayur dan buah dalam pinggan saya?.
Doktor kamu tinggal dalam gua. Menurut KDIGO 2024 hanya 5% CKD 1-3, hanya 11% CKD 4Â & hanya 24%Â CKD 5Â bermasalah dengan “potassium”.Â
Adakah pesakit CKD yang tinggi "potassium" perlu kurangkan sayur dan buah seumur hidup?
Tidak!. beliau akan kembali boleh makan banyak sayur dan buah apabila rintangan insulin & asidosis metabolok beliau pulih.
MAHU BERSAHABAT DENGAN KAMI
Kita bina hubungan yang ikhlas dan saling menyokong. Kita kongsi pengalaman, bantu satu sama lain, dan wujudkan rasa kebersamaan
