Sejarah Kami
Musafir Kesihatan & Kehidupan
Ditubuhkan oleh Wan Imran Wan Mohamad bersama Johari Abu pada 1hb Februari 2018 sebagai kumpulan whatsapp yang berkumpul untuk belajar dan beramal dengan gaya makan dan gaya hidup ala Sunnah SAW.
Komuniti ini dianggotai oleh pesakit ginjal (belum & sudah dialisis), keluarga, kawan, perawat, nurses, pembantu perubatan, pegawai perubatan, doktor perubatan hingga professor.
Kami mahu belajar Beradab kepada Rasulullah SAW & Beradab kepada Allah SWT. Kami mahu rawat penyakit 1) intelek & iman kami 2) rohani kami 3) emosi kami 4) jasmani kami. Kami sedar jasmani kami sakit kerana emosi kami sakit, kerana rohani kami sakit, kerana intelek & iman kami sakit. Kami sakit kerana JERI kami sakit… Kami nak sihat JERI KAMI MESTI SIHAT… SEBAIK² DOKTOR ADALAH RASULULLAH SAW & SEBAIK PANDUAN ADALAH WAHYU ALLAH SWT.
Bermula dengan belajar prinsip dan tatacara pemakanan serta terapi yang diajar Oleh Dr Nooramin Abdul Rahman, Dr. Shakeel Samsi dan Dr Amjad Ahsan Ali, kami belajar dari Dr Brooke Goldner, RD Jen Hernandez, Dr Biswaroop Roy Chowdhury, Dr John Mc Dougle, Dr Walter Kempner, Dr Syed Mobeen, Dr Barbara O’ Nail dan ramai lagi dalam bidang perubatan nutrisi, fungsional, biological, integrasi dan lain-lain.
Persatuan Ukhuwah Sihat Ginjal Malaysia (PUSGM)
PPM 0020310112026
Adalah idea bersama Wan Imran Wan Mohamad, Al-Marhum Johari bin Abu, Kemudian Al Marhum Haji Azman bin Abdullah Maksom, Prof Dr Siti Amrah, Dato’ Ahmad Zulfaisal, Tuan Mohammad Faizzi dan sahabat-sahabat lain.
Permohonan pendaftaran PUSGM dihantar 15/8/2025, Diluluskan pada 10hb November 2025, dengan nombor pendaftaran PPM-002-03-10112025.
